E5572EF1-E610-4797-9BB5-9D5A60839AFC
Please enter at least 3 characters.

Jadual Siaran Langsung Korea Selatan vs Malaysia Live Streaming AFC Asian Cup

Saksikan Korea Selatan vs Malaysia Piala Asia 2023 live RTM dan Astro pada 25 januari 2024, jam 7.30 malam. Live streaming RTM Klik.
Jadual Siaran Langsung Korea Selatan vs Malaysia Live Streaming AFC Asian Cup

Jadual Siaran Langsung Korea Selatan vs Malaysia Live Streaming Piala Asia

Saksikan siaran langsung Korea Selatan vs Malaysia live di RTM dan Astro Piala Asia (AFC Asian Cup) pada 25 Januari 2024, hari Khamis pukul 7.30 malam bertempat di Stadium Al-Janoub.

Ini merupakan perlawanan ketiga dan terakhir bagi kedua-dua pasukan terutamanya dalam kumpulan E. Kedudukan terkini, Malaysia di tempat tercorot iaitu keempat dan Korea di tempat kedua.

Perlawanan ini bukan lagi penentuan untuk Malaysia apabila secara rasmi tersingkir dalam kejohanan ini apabila menerima dua kekalahan berturut-turut sebelum ini.

Tetapi berbeza dengan Korea Selatan apabila mereka perlukan kemenangan untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati di pusingan 16 di Piala Asia 2023.

{tocify} $title={Table of Contents}

Perlawanan Pertama & Kedua

Korea Selatan membuka tirai perlawanan mementang Bahrain dengan kemenangan bergaya apabila berjaya atas lawan dengan keputusan 3-1.

Ramai yang menjangkakan, mereka mampu untuk mara ke peringkat seterusnya lebih awal ketika bertemu Jordan berikutan prestasi semasa yang sangat baik.

Tetapi ramalan itu mereset apabila Jordan ternyata memberikan tentang hebat kepada lawan. Akhirnya, mereka terpaksa akur dengan berkongsi 1 mata apabila seri 2-2 sehingga tamat perlawanan.

Malang menimpa Malaysia yang menjadi satu-satunya pasukan dalam kumpulan ini masih belum mengumpul mata dan menjaringkan sebarang gol.

Perlawanan pertama, mereka tewas 0-4 kepada Jordan yang mana satu tamparan hebat kepada skuad Harimau Malaya yang berjaya ke Piala Asia secara merit selepas 43 tahun mencuba.

Dengan keputusan tersebut, mereka lebih berhati-hati ketika menentang Bahrain di perlawanan kedua. Memberikan saingan yang sangat baik kepada lawan daripada awal hingga akhir.

Tetapi inilah bola sepak, tiada siapa yang boleh jangka. Malaysia terpaksa berputih mata apabila Bahrain berjaya mendapatkan gol kemenangan betul-betul di saat akhir permainan yang berakhir dengan keputusan 0-1.

BACA : Gol Minit Akhir Memberikan Jalan Keluar Kepada Malaysia

Dengan keputusan tersebut lah, secara rasmi Malaysia tersingkit daripada AFC Asian Cup untuk edisi kali ini dan akan menghadapi Korea bagi melengkapkan jadual.

Sejarah Pertemuan Korea Selatan vs Malaysia (Head-To-Head)

Mungkin peminat bola sepak tempatan masih ingat lagi apabila Malaysia berjaya menumbangkan Korea dalam kempen Sukan Asia 2018 yang lalu dengan kemenangan 2-1.

Meskipun perlawanan tersebut sebenarnya melibatkan skuad negara bawah-23, tetapi beberapa pemain senior Korea kini terlibat dalam skuad tersebut termasuklah Son Heung-min.

Jika melihat pertembungan head-to-head untuk skuad senior, kali terakhir adalah pada tahun 1984 juga dalam Asian Cup.

Kini semuanya berubah termasuk untuk pasukan Korea Selatan dan Malaysia. Adakah Malaysia mampu mendapatkan mata sebelum pulang ke tanah air atau sekurang-kurangnya menjaringkan gol?

Siaran Langsung Piala Asia 2023 - Korea vs Malaysia Live Di RTM & Astro

Kita semua sudah tahu, Malaysia kini secara rasmi tersingkir daripada Piala Asia 2023-2024 meskipun meraih keputusan menang dalam perlawanan.

Akan tetapi, peminat juga mengharapkan pemain-pemain Harimau Malaya untuk bangkit daripada kekalahan sebelum ini dengan mendapatkan sesuatu ketika menengan Korea nanti.

Jika tidak meraih 3 mata penuh, sekurang-kurangnya mampu bawa pulang 1 mata dengan keputusan seri atau sebaik-baiknya berjaya menjaringkan gol dalam kejohanan tertinggi peringkat Asia ini.

Jadi nak tahu kesudahannya, jangan lupa saksikan Korea Selatan vs Malaysia live dan siaran langsung di saluran RTM dan Astro.

Di Astro akan ditayangkan di Astro Arena 801 dan Astro Arena Bola 803. Selain itu, boleh live streaming di Astro Go dan Sooka.

Manakala untuk saluran RTM, akan ditayangkan di TV Okey dan Sukan RTM. Alternatif lain, boleh tonton live streaming secara percuma di RTM Klik.

Keputusan Perlawanan Korea Selatan vs Malaysia

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan kumpulan E antara Korea Selatan vs Malaysia dalam Piala Asia 2023 pada 25 Januari 2024

FT : Korea Selatan (3) - (3) Malaysia

  • Yeong Jeong Woo 21'
  • Faisal Halim 51'
  • Arif Aiman 62'
  • Kang In Lee 83'
  • Son Heung Min 90+4'
  • Romel Morales 90+15'

Waktu : 7.30 Malam
Venue : Stadium Al-Janoub
TV : Astro, RTM
Live Streaming : Sooka, RTM Klik

Share this post

Explore more articles by admin sukan

Post a Comment

Please leave comments related to the content. All comments are highly moderated and visible upon approval.

Comment Shortcodes

  • To insert an image, add [img]image_link[/img]
  • To insert a block of code, add [pre]parsed_code[/pre]
  • To insert a link, add [link=your_link]link_text[/link]
  • To insert a quote, add [quote]quote_text[/quote]
  • To insert a code, add [code]parsed_code[/code]
By clicking "Accept", you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyze site usage, and improve marketing.