E5572EF1-E610-4797-9BB5-9D5A60839AFC
Please enter at least 3 characters.

Siaran Langsung Jordan vs Qatar Live Final AFC Asian Cup 2023

Saksikan secara langsung dan live streaming Jordan vs Qatar dalam final Piala Asia 2023 pada 10 Februari 2024, hari Sabtu, jam 11 malam di Astro RTM
Siaran Langsung Jordan vs Qatar Live Final AFC Asian Cup 2023

Siaran Langsung Jordan vs Qatar Live Final AFC Asian Cup 2023

Jordan akan berhadapan Qatar dalam Final Asian Cup 2023 di Stadium Lusail pada Sabtu, 10 Februari 2024 jam 11.00 malam waktu Malaysia.

Stadium Lusail yang menjadi venue bagi perlawanan pembukaan sebelum ini merupakan stadium terbesar di Qatar yang juga pernah menjadi saksi kejuaraan Lionel Messi bersama Argentina dalam FIFA World Cup 2022.

BACA JUGA : Keputusan Penuh Separuh Akhir Piala Asia 2023

Jordan yang kini berada di kedudukan ranking FIFA ke-87 telah mencatat sejarah tersendiri apabila melepas halangan ke final buat kali pertama.

Slot ini diperoleh apabila berjaya menundukkan juara tiga kali, Korea Selatan yang juga pasukan tiga terbaik Asia dalam kejohanan kali ini dengan kemenangan 2-0 di Stadium Ahmad Bin Ali.

Qatar pastinya akan mempertahankan kejuaraan Piala Asia sebelum ini yang diperoleh pada edisi 2020 selepas berjaya menundukkan Iran dalam perlawanan yang dramatik.

Almoez Ali berjaya menjaringkan gol pada minit akhir sekali gus membawa Qatar ke final sekali lagi dengan keputusan 3-2.

Setakat ini, kedua-dua pasukan pernah bertembunga sebanyak 22 kali dalam sejarah. Daripada itu, Qatar menang 12 dan Jordan menang 6 kali dan selebihnya seri iaitu 5 kali.

Adakah pasuakn tuan rumah, Qatar akan berjaya mempertahankan takhta King Of Asia kali ini di tempat sendiri? Atau Jordan bakal memenanginya buat kali pertama?

Sejarah Perlawanan Sepanjang Kempen Piala Asia 2023

Jordan

Peringkat Kumpulan (E)
Malaysia (0) - (4) Jordan
Jordan (2) - (2) Korea Selatan
Jordan (0) - (1) Bahrain

Pusingan 16
Iraq (2) - (3) Jordan

Suku Akhir
Tajikistan (0) - (1) Jordan

Separuh Akhir
Jordan (2) - (0) Korea

Qatar

Peringkat Kumpulan (A)
Qatar (3) - (0) Lubnan
Tajikistan (0) - (1) Qatar
Qatar (1) - (0) China

Pusingan 16
Qatar (2) - (1) Palestin

Suku Akhir
Qatar (1) - (1) Uzbekistan (Pen : 3-2)

Separuh Akhir
Iran (2) - (3) Qatar

Siaran Langsung Final Piala Asia 2023 - Jordan vs Qatar

Pasti ramai yang tidak sabar-sabar menanti perlawanan terakhir, final kejohanan bola sepak terbesar asia iaitu Piala Asia 2023-2024.

Perlawanan ini anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Manakala live streaming boleh menggunakan platform Sooka.

Bagi yang tiada Astro, jangan risau! Anda boleh saksikan di saluran RTM yang juga dibawakan secara langsung di TV Okey dan Sukan RTM. Bukan delay! Seperti biasa, boleh live streaming di RTM Klik secara percuma.

Jadual & Keputusan Terkini

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan final Piala Asia 2024 antara Jordan vs Qatar yang berlangsung pada 10 Februari 2024 iaitu hari Sabtu.

FT : Jordan (1) - (3) Qatar

  • Akram Afif 22' (P), 73' (P), 90+5' (P)
  • Yazan Al-Naimat 67'

Masa : 11.00 Malam
Venue : Stadium Lusail
Tayangan TV : Astro & RTM
Live Streaming : Sooka & RTM Klik

Qatar juara Piala Asia 2023

Share this post

Explore more articles by admin sukan

Post a Comment

Please leave comments related to the content. All comments are highly moderated and visible upon approval.

Comment Shortcodes

  • To insert an image, add [img]image_link[/img]
  • To insert a block of code, add [pre]parsed_code[/pre]
  • To insert a link, add [link=your_link]link_text[/link]
  • To insert a quote, add [quote]quote_text[/quote]
  • To insert a code, add [code]parsed_code[/code]
By clicking "Accept", you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyze site usage, and improve marketing.